29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump tidak benarkan Israel ilhak Tebing Barat

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata terdapat “peluang sebenar untuk kemajuan di Timur Tengah,” lapor Anadolu Ajansi.

    “Semua pihak bersama untuk sesuatu yang istimewa, buat pertama kali,” tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

    “Kami akan melaksanakannya,” tambah beliau.

    Kenyataan itu dibuat susulan mesyuarat pelbagai hala pada Selasa dengan beberapa pemimpin negara majoriti Islam di luar sidang Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

    Mesyuarat bersama pemimpin Turkiye, Qatar, Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan itu memberi tumpuan utama kepada konflik Gaza serta usaha damai.

    MENARIK:  RM16 bilion pajak heli: Penjelasan menteri mengelirukan - Pembangkang

    Trump membentangkan pelan 21 perkara yang bertujuan menamatkan peranang Gaza, memastikan pembebasan tawanan serta memulihkan wilayah berkenaan di bawah pentadbiran tanpa Hamas.

    Presiden AS itu juga berkata beliau tidak akan membenarkan Israel mengilhakkan Tebing Barat.

    Trump dijadualkan bertemu secara berasingan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Isnin bagi membincangkan cadangan berkenaan.

    Tentera Israel telah membunuh lebih 66,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza sejak Oktober 2023. Pengeboman berterusan telah menjadikan wilayah itu tidak lagi boleh didiami serta mengakibatkan kebuluran dan penularan penyakit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah