28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump lancar wang kripto Trump Meme

    Shopee Sale

    GLOBAL | Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump, mengumumkan pelancaran token mata wang kripto "Trump Meme" miliknya pada Sabtu bagi meraikan kejayaan dalam pilihan raya, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

    "Trump Meme Rasmi Saya yang baru kini di sini! Ini masa untuk meraikan segala yang kita perjuangkan: Menang! Sertai Komuniti Trump yang istimewa... Nikmati keseronokan!" kata Trump di media sosial.

    Syiling meme itu dikeluarkan melalui platform “blockchain” beberapa hari sebelum Trump dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Pengumuman itu mencetuskan keraguan dalam kalangan pengguna, yang tertanya-tanya sama ada akaun media sosial Trump telah digodam.

    Penafian di laman sesawang rasmi Gettrumpmemes menyatakan bahawa token itu bertujuan untuk menjadi simbol sokongan terhadap idealisme dan kepercayaan yang dilambangkan oleh simbol "$TRUMP," dan bukan sebagai peluang pelaburan.

    MENARIK:  Pos poskad 121 tahun lalu, Jumaat lepas baru sampai

    "Kini, anda boleh memiliki bahagian anda dalam sejarah. Trump Meme ini meraikan seorang pemimpin yang tidak pernah gentar, walau apa pun rintangannya. Sertai Komuniti Trump – kami memperjuangkan perkara yang benar-benar penting," menurut pengumuman di laman sesawang berkenaan.

    Pilihan Raya Presiden berlangsung di Amerika Syarikat pada 5 Nov 2024. Calon Republikan Trump, yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat dari 2017 hingga 2021, memenangi pilihan raya itu. Majlis angkat sumpah jawatan presiden akan diadakan pada 20 Jan ini. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah