Pengakuan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa peguam negara telah menerima titah tambahan berkaitan penahanan rumah membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu turut berlawanan dengan sumpah jawatan yang diikrarkan Anwar untuk menjunjung perlembagaan, taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan semasa mula menjawat jawatan perdana menteri ke-10.
"PAS mendapati penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan sahaja lemah dan mengelirukan, tetapi berpotensi mencetus konflik undang-undang dan krisis Perlembagaan, selain menghakis keabsahan kerajaan pimpinannya sendiri," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan.
[Berita penuh menyusul]





