25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada perjumpaan bincang ‘bina’ kasino, BCorp buat laporan polis

    Shopee Sale

    Berjaya Corp Bhd (BCorp), telah membuat laporan polis pada 26 April lalu supaya siasatan mengenai berita yang melaporkan pengasasnya Vincent Tan sedang mengadakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah resort kasino di Forest City bernilai AS$100 bilion (RM477.60 bilion) dapat dimulakan.

    BCorp, dalam satu kenyataan media, semalam, berkata pihaknya percaya polis akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

    “Kami ingin mengulangi dan menjelaskan bahawa Tan tidak terbabit dalam sebarang rundingan dengan mana-mana pihak yang dilaporkan.

    “Ini termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim: Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dan begitu juga dengan sebarang wakil Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atau Seri Paduka sendiri,” kata BCorp.

    Menurut syarikat itu, mereka percaya penerbitan berkenaan bertujuan untuk menyebabkan gangguan politik, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan memesongkan persepsi orang ramai terhadap Sultan Ibrahim dan  Anwar.

    “Penerbitan berniat jahat sebegitu diburukkan lagi dengan fakta bahawa tidak ada agensi berita yang melakukan sebarang percubaan untuk mengesahkan atau menyemak kebenaran dan ketepatan kenyataan dalam artikel itu sebelum menerbitkannya.

    “Ini, terutamanya kenyataan itu dikaitkan dengan 'sumber yang tidak dinamakan',” kata BCorp lagi.

    Dalam satu kenyataan pada 26 April lalu, BCorp berkata artikel itu mengandungi maklumat tidak tepat dan salah berhubung penglibatan konglomerat itu dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung projek kasino di Forest City.

    MENARIK:  Tiada kesesakan di depot imigresen - Saifuddin

    Dalam kenyataan susulan pada Ahad, BCorp menegaskan bahawa pihaknya percaya bahawa penerbitan dan/atau penerbitan semula artikel itu, yang didakwanya terdiri daripada kenyataan palsu dan tidak benar, dilakukan dengan niat jahat.

    Menurut syarikat itu, ia bertujuan untuk menyebabkan gangguan politik, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan memesongkan persepsi orang ramai terhadap Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri.

    Portal perniagaan, Bloomberg yang berpangkalan di New York, sebelum ini melaporkan Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk membina sebuah kasino di Forest City.

    Portal itu yang memetik sumber mendakwa Anwar berjumpa dengan pengasas Berjaya Corp Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dalam mesyuarat makan tengah hari untuk membincangkan perkara berkenaan.

    Selain BCorp, Genting Malaysia Berhad juga menafikan laporan media mendakwa syarikat itu terlibat dalam perbincangan mengenai projek kasino di Forest City, Johor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah