Harga disel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia tidak lagi disubsidi bermula jam 12 tengah malam nanti (Isnin, 10 Jun).
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata Harga diesel akan diapungkan dan mengikut Harga pasaran - pada masa ini RM3.35 seliter.
Pada masa ini, ia dijual pada harga RM2.15 seliter - kurang RM1.20 daripada harga pasaran.
Harga diesel akan dikemas kini mengikut minggu, sama seperti petrol RON97.
Ia selaras dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi diesel, dengan pengguna yang layak akan menerima bantuan tunai RM200 sebulan.
Bantuan pertama juga akan mula diagihkan mulai esok kepada kira-kira 30,000 pengguna.
Amir berkata, permohonan untuk mendapatkan subsidi bersasar itu terus dibuka, dan menyeru sesiapa yang layak namun belum mendaftar dengan program Budi Madani untuk berbuat demikian.
[Berita lanjut menyusul]





