26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Thaksin dapat pengampunan diraja, parol tamat Ahad ini

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra menerima pengampunan diraja, mengakhiri perintah parolnya pada Ahad ini, menurut peguamnya Winyat Chartmontri.

    "Penamatan lebih awal ini sebahagian daripada pengampunan diraja umum untuk 7,500 banduan yang berkelakuan baik sempena ulang tahun keputeraan Raja bulan lalu," lapor media tempatan Thailand memetik kenyataan Winyat.

    Media melaporkan pengampunan tersebut antara pengumuman Warta Diraja pada hari Sabtu, yang menyatakan satu Dekri Diraja telah dikeluarkan untuk memberikan pengampunan diraja kepada kira-kira 50,000 banduan bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kelahiran ke-6 Raja Maha Vajiralongkorn pada 28 Julai.

    Dilaporkan dekri tersebut juga memberikan pengurangan hukuman kepada lebih 200,000 banduan yang sedang menjalani hukuman.

    Thaksin, 74, akan menjadi antara mereka yang dibebaskan segera di bawah syarat-syarat dekri ini, membolehkannya bebas sebelum hukuman berakhir pada 31 Ogos.

    MENARIK:  Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

    Thaksin kembali ke Thailand pada 22 Ogos tahun lalu selepas 15 tahun dalam buangan setelah dia dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukan semasa memegang jawatan.

    Pada hari Thaksin sampai di Thailand, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap bekas perdana menteri itu.

    Pada 1 September, tempoh penjaranya dikurangkan kepada satu tahun melalui pengampunan diraja.

    Perkembangan terbaru inisehari selepas anak perempuan Thaksin dan pemimpin Parti Pheu Thai, Paetongtarn, 37, dipilih sebagai Perdana Menteri baru Thailand, menggantikan Sreetha Thavisin yang dipecat dari jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand pada hari Rabu kerana melantik seorang menteri dengan sabitan jenayah ke dalam Kabinetnya pada April tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah