27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terengganu bakal miliki industri bina pesawat ringan

    Shopee Sale

    Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

    Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ketika ini perkara tersebut masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan kerajaan negeri telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.

    “Ia dahulunya pernah dicadangkan di tempat lain iaitu sebelum Covid-19 melanda. Tapi, sebab masalah-masalah yang timbul saya cadangkan untuk dibina di Terengganu.

    “Perbincangan telah dibuat kira-kira empat kali, cuma tunggu kebenaran kerajaan negeri untuk penggunaan tanah … dan kita seperti sebelum ini tiada halangan, tidak perlu buat syarat tukar tanah dan sebagainya.

    "Jadi, itu akan mempercepat prosesnya,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini.

    MENARIK:  7 pemain warisan Harimau Malaya tetap digantung 12 bulan

    Turut berkenan berangkat hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan.

    Terdahulu, menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Samsuri menerima kunjungan delegasi PAI yang menyuarakan hasrat membina pesawat ringan di negeri itu membabitkan tiga fasa di kawasan seluas lebih 20 hektar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

    Dia berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mempunyai ekuiti dalam projek itu bagi membolehkan penglibatan bersama kerajaan negeri.

    “… dan institusi pendidikan seperti Kolej Universiti Tati dan Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) boleh memainkan perananan mereka untuk melatih anak-anak tempatan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah