27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tarif AS boleh jejas hubungan dangan Malaysia dengan China – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan tarif import timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara termasuk Malaysia boleh menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan negara dengan China.

    Anwar berkata langkah AS mengenakan tarif dan cukai import yang tinggi memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa.

    “Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi China malah turut memberi kesan kepada Malaysia walaupun kita dikecualikan daripada pelaksanaan tarif itu untuk sementara waktu.

    "Apabila tarif tinggi dikenakan kepada China, ia secara tidak langsung turut menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan kita dengan negara tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama di Bachok, hari ini.

    MENARIK:  Persatuan tuntut gaji awal graduan jurutera RM3,500 hingga RM4,000

    Menurutnya, sebagai sebuah negara perdagangan dan pengeksport, Malaysia amat terdedah kepada sebarang ketidaktentuan dalam dasar perdagangan global.

    “Kita ini merupakan negara eksport dan dagang. Apabila AS menetapkan tarif tinggi terhadap China, sudah tentu kita juga akan terkesan.

    “Mujurlah AS menangguhkan pelaksanaan tarif tersebut terhadap beberapa negara Asean termasuk Malaysia buat sementara waktu. Namun, China tetap dikenakan tarif itu,” katanya.

    Presiden AS Donald Trump pada 2 April lepas mengumumkan negara itu akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah