27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanah runtuh India: Lebih 300 maut, pencarian mangsa diteruskan

    Shopee Sale

    GLOBAL | Operasi mencari mencari mangsa tanah runtuh yang berlaku pada Selasa diteruskan pada Jumaat di Daerah Wayanad, Negeri Kerala, India apabila angka kematian akibat bencana itu melebihi 300 orang.

    Menteri Kesihatan Kerala Veena George berkata pada pagi Jumaat, bahawa bezah siasat terhadap 199 mayat telah selesai dan sampel DNA bagi 130 bahagian tubuh diambil.

    Anggota tentera India yang membantu dalam kerja menyampaikan bantuan dan menyelamat menemukan empat orang yang masih hidup di satu kawasan terpencil pada Jumaat.

    Ramai orang masih dilaporkan hilang sejak tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan monsun lebat melanda kawasan berkenaan pada awal pagi Selasa.

    Jurutera tentera membina jambatan Bailey sepanjang 58 meter untuk menghubungkan kawasan yang paling terjejas di Mundakkai dan Chooralmala.

    Limpahan air, lumpur, dan batu menghanyutkan ratusan orang yang sedang tidur di rumah mereka dan meninggalkan jejak kemusnahan di daerah berbukit yang indah itu.

    MENARIK:  'YB sudah beriman?' - Siti Zailah soal Nga guna kalimah Islam

    Ramai daripada yang terbunuh adalah pekerja ladang teh dan buah pelaga serta keluarga mereka .

    Negeri di selatan ini cenderung kepada tanah runtuh dan banjir pada musim monsun.

    Dalam satu daripada bencana alam terburuk yang melanda Kerala dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 400 orang terbunuh dalam banjir pada tahun 2018.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah