27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak salah MP PN pakai lilitan putih, kata timbalan speaker

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Timbalan Speaker, Ramli Mohd Nor hari ini berkata dia tidak melihat sebarang kesalahan berhubung perbuatan Ahli Parlimen Pembangkang memakai lilitan lengan berwarna putih di Dewan Rakyat.

    Menjawab Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Ramli berkata ia adalah pandangan peribadi dirinya mengenai perkara itu, dan tidak mewakili Speaker, Johari Abdul.

    "Saya ambil maklum apa yang YB nyatakan. Ini pendirian saya, bukan pendirian speaker. Selagi pakaian itu tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh peraturan Dewan, silakanlah. Itu keputusan saya," katanya kepada Bung Moktar yang berdiri untuk mencelah semasa Sesi Soal Jawab Menteri pagi tadi.

    "Jadi pada pandangan mata speaker tidak salah lah?” soal Bung yang dijawab oleh Ramli ‘tidak salah’.

    “Maknanya boleh jadi contohlah,” tambah Bung.

    Bung dalam soalannya kepada Ramli menyindir ahli parlimen PN yang sejak semalam dilihat memakai reben putih yang diikat di tangan kiri sebagai tanda protes terhadap Johari yang mengekalkan kerusi enam Ahli Parlimen daripada Bersatu.

    MENARIK:  Seorang lagi suspek kes samun maut di Tk Intan ditahan

    "Boleh saya tanya sikit? Ada kemusykilan sikit. Saya nampak kumpulan belah sana menggunakan gelang putih besar, kecil, ada banyak. Ada musibah kah?'soalnya.

    Semalam, Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkata lilitan putih itu adalah simbolik kepada protes 'reformati', merujuk kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 49A mengandungi peruntukan anti-lompat parti yang diluluskan pada 2022.

    "Reben putih di lengan kiri, sebagai protes berlakunya 'reformati'.... spesifik merujuk kepada 49A," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah