29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Pahang zahir takziah pemergian OCPD Jerantut

    Shopee Sale

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Polis Daerah Jerantut, Allahyarham Supt Zukri Muhammad, yang meninggal dunia petang tadi.

    Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.

    "Baginda berdua turut berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham yang ditinggalkan reda dan tabah menghadapi kehilangan ini," menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Tarif baru air hampir semua negeri berkuat kuasa esok

    Allahyarham Zukri, 59, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Taman Saujana Utama, Jerantut kira-kira pukul 3 petang semalam.

    Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah