28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SU Agung PKR sahkan keputusan pemilihan cabang yang dipertikai

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mengesahkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan untuk mengesahkan keputusan pengundian peringkat cabang yang dipertikaikan

    Fuziah berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP malam tadi namun tidak menjelaskan bagaimana keputusan itu dicapai.

    Malam tadi, sumber dalaman parti itu memberitahu Malaysiakini dalam mesyuarat selama satu jam itu, juruaudit antarabangsa yang dilantik untuk menyemak keputusan pengundian telah memberi taklimat kepada MPP menerusi sidang video. 

    Sumber itu mendakwa tiada sebarang bantahan dikemukakan terhadap keputusan untuk menerima keputusan pengundian cabang dan bergerak ke depan.

    Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli – yang mana kemnya tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian cabang – turut hadir.

    Sebelum ini, khabar angin tersebar bahawa rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengundian, yang dilihat mempunyai keputusan luar jangka, mendorong Rafizi mempertimbang untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.

    Rafizi Ramli

    Walaupun Rafizi menang sebagai ketua Cabang Pandan, calon-calon lain yang mengalami kekalahan mengejut termasuk Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Adam Adli Abd Halim, serta ahli MPP Akmal Nasrullah Nasir, Fahmi Zainol, Lee Chean Chung dan Rodziah Ismail.

    MENARIK:  Pemuda Umno minta Hajiji beri laluan kepada Jeffrey Kitingan

    Keputusan malam tadi membuka laluan untuk PKR meneruskan pengundian peringkat pusat, di mana Anwar Ibrahim telah mengekalkan jawatannya sebagai presiden tanpa dicabar untuk penggal terakhirnya.

    Timbul spekulasi Rafizi Ramli bakal berdepan saingan bagi jawatan timbalan presiden.

    Proses pencalonan akan dibuka pada 8 dan 9 Mei manakala pengundian dijadualkan diadakan pada 23 Mei.

    PKR kembali menggunakan sistem perwakilan untuk pengundian peringkat pusat kali ini, selepas 15 tahun bereksperimen dengan sistem satu ahli satu undi.

    Perubahan ini mungkin memberi kesan kepada prestasi kem Rafizi dalam pengundian memandangkan perwakilan ditentukan di peringkat cabang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah