30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Stoking kalimah Allah: Pemuda Umno lapor polis

    Shopee Sale

    Pemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Super Mart sebelum ini.

    Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, laporan itu akan dibuat hari ini dan dia menggesa pihak lain yang terkesan turut membuat laporan.

    "Buat dulu lepas tu minta maaf. Semudah itu sahaja. Kalau Starbucks kita boleh boikot sampai tutup, apatah lagi pasaraya ni.

    “Hormat ini bukan hanya sekadar minta maaf, tetapi perlu tahu apa nilai dan sensitiviti orang lain. Kita ajar kepada yang kurang ajar," tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    "Ayuh semua rakyat Malaysia, kita tunjukkan kepada mereka yang kurang ajar ini, bahawa negara ini masih lagi ada orang yang boleh mengajar mereka yang kurang ajar," tambahnya dalam sebuah klip video.

    Rabu lalu, pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

    MENARIK:  Agong: Jangan terus api-apikan kemarahan isu stoking

    Syarikat itu juga berkata pihak mereka sudah memberhentikan penjualan stoking tersebut dan meminta penjelasan lanjut daripada vendor yang membekalkan produk berkenaan.

    Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan sebelum ini berkata pihaknya tidak membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan kerana tidak menerima sebarang laporan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah