27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Star kekal pembangkang meski Adun jadi pembantu menteri

    Shopee Sale

    Parti Solidariti Tanah Airku (Star) telah mengisytiharkan bahawa ia akan kekal dalam blok pembangkang walaupun salah seorang Adunnya dilantik sebagai pembantu menteri dalam kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    Menjelaskan situasi itu, Presiden Star, Jeffrey Kitingan berkata pelantikan Adun Bingkor, Ishak Ayub sebagai pembantu menteri adalah keputusan langsung oleh Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, bukan hasil rundingan parti.

    “Beliau (Ishak) adalah wakil rakyat yang dipilih untuk Bingkor dan kami menghormati hak beliau dalam menerima perananan tersebut,” kata Jeffrey dalam satu kenyataan hari ini.

    Jeffrey Kitingan

    Dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang baru sahaja selesai, Star memenangi dua kerusi – dengan Jeffrey kekal di Tambunan manakala Ishak memenangi Bingkor.

    Untuk rekod, Star dan Perikatan Nasional (PN) telah menawarkan untuk menyokong kerajaan baru Hajiji sebelum ini.

    MENARIK:  Thailand sahkan hadir rundingan gencatan senjata dengan Kemboja di M'sia

    Sementara itu, Jeffrey berkata partinya akan bertindak sebagai “pembangkang yang bertanggungjawab”, menyokong dasar-dasar yang mempertahankan hak Sabah dan menentang sebarang percubaan untuk menjejaskan Perjanjian Malaysia 1963, autonomi negeri, atau Perlembagaan Persekutuan.

    “Star akan meneruskan tugasnya dengan integriti, disiplin, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Sabah dan rakyatnya,” tambahnya.

    Jeffrey juga berhujah bahawa Sabah harus ditadbir oleh parti-parti yang berpangkalan di Sabah, bebas daripada pengaruh politik yang didorong oleh Semenanjung.

    Terdahulu, dilaporkan bahawa beberapa ahli GRS dan Adun bebas tidak senang dengan kemasukan pemimpin parti yang berpangkalan di Semenanjung ke dalam kabinet negeri.

    Ini berlaku selepas Jafry Ariffin dari Umno dilantik sebagai menteri pelancongan Sabah, manakala Jamawi Ja’afar dari PKR diberikan portfolio pertanian negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah