26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM tahan empat termasuk pengarah dan timbalan pengarah jabatan

    Shopee Sale

    Empat individu termasuk dua berpangkat pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan di Melaka direman satu hingga tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah tahun lepas.

    Tiga lelaki dan seorang wanita berusia 34 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka berhubung siasatan berkaitan rasuah bagi meluluskan tuntutan kerja di jabatan tersebut yang mempunyai butiran matan palsu.

    Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas semua suspek.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya.

    MENARIK:  PRU16: BN sasar 115 kerusi, sedia kembali kuasai Putrajaya? - Sumber

    Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rafidah Che Aziz membenarkan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 13 Ogos terhadap tiga suspek manakala seorang lagi direman selama sehari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah