27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM mesti hormati hak istimewa peguam – pelanggan: Badan Peguam

    Shopee Sale

    SPRM dan agensi penguatkuasaan lain mesti menghormati kewajipan peguam untuk tidak mendedahkan dokumen dan maklumat istimewa anak guam mereka, kata Badan Peguam Malaysia.

    Pengerusi bersama Jawatankuasa Undang-undang Jenayah, Vivekananda Sukumaran berkata ini amat kritikal dalam situasi di mana badan pemantau antirasuah menahan peguam atas kerja profesional yang dilakukan untuk anak guam mereka.

    Dia berkata agensi penguatkuasaan mesti mengetahui bahawa peguam mempunyai kewajipan untuk melindungi maklumat istimewa pelanggan mereka.

    Dia turut mengingatkan SPRM dan badan penyiasat lain bahawa walaupun ditahan, peguam tidak boleh dinafikan hak mereka sendiri untuk mendapatkan peguam.

    “Memandangkan penahanan peguam baru-baru ini kerana mereka menjalankan tugas profesional mereka kepada anak guam mereka, SPRM mesti menghormati kewajipan pengamal undang-undang ini untuk tidak mendedahkan dokumen dan maklumat sulit anak guam mereka.

    "Walaupun kami berterima kasih kepada agensi penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka untuk menyiasat, mereka tidak boleh melampaui batas dan cuba memaksa peguam yang ditahan melanggar sumpah mereka kepada anak guam mereka," kata Vivekananda kepada Malaysiakini.

    Dia menjelaskan bahawa peguam yang menghadapi isu-isu ini boleh menghubungi pasukan petugas Badan Peguam yang ditubuhkan baru-baru ini untuk menangani perkara itu.

    MENARIK:  BRICS tawar sistem perdagangan global lebih adil buat Malaysia - Duta Rusia

    "Anggota Badan Peguam boleh mengemukakan butiran mengenai penangkapan atau siasatan oleh agensi penguatkuasaan," kata Vivekananda mengenai pasukan petugas yang diketuainya dan pengerusi bersama jawatankuasa Ravi Chandran Subash Chandran.

    Vivekananda berkata pasukan petugas itu akan menilai aduan yang dikemukakan oleh peguam dan mempertimbangkan langkah seterusnya untuk menangani isu itu.

    "Antara langkah yang boleh dilakukan ialah mengatur pertemuan dengan ketua-ketua agensi penguatkuasaan yang berkaitan, untuk hadir dalam prosiding mahkamah berkaitan sebagai amicus curiae (rakan mahkamah), atau untuk membantu sebarang cabaran yang berpotensi di mahkamah terhadap agensi tersebut," katanya.

    Pada 11 Jun lalu, Lawyers for Liberty (LFL) mengecam dakwaan penahanan dan ugutan dua peguam yang bertindak untuk anak guam mereka dalam kes pertikaian harta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah