27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Speaker tarik balik notis kekosongan 3 kerusi DUN Perlis

    Shopee Sale

    Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan hari ini mengumumkan penarikan balik notis pemakluman keperluan pilihan raya kecil (PRK) bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.

    Keputusan tersebut melibatkan kerusi DUN Bintong, Chuping dan Guar Sanji, selepas wakil rakyat masing-masing gugur keanggotaan dalam PAS setelah melanggar keputusan parti dengan menyokong menteri besar baru daripada Bersatu.

    Rus’sele kelmarin menyerahkan notis pemakluman rasmi kekosongan luar jangka di Perlis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya PRK dapat diadakan.

    Pada sidang media 25 Dis lepas, Rus’sele mengumumkan kekosongan luar jangka susulan keanggotaan Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dalam PAS terhenti, selaras Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Perlis.

    MENARIK:  Ahli keluarga 32 tahanan Sosma lancar mogok lapar depan Penjara Sg Buloh

    Rus’sele berkata walaupun usia DUN Perlis genap tiga tahun pada 18 Dis, kerajaan negeri berpandangan terdapat keperluan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan ketiga-tiga kerusi itu demi kestabilan kerajaan negeri.

    Keanggotaan mereka terhenti selepas mendukung Adun Bersatu Abu Bakar Hamzah sebagai menteri besar baru menggantikan Mohd Shukri Ramli daripada parti mereka sendiri.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah