25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Solidariti – Fadhli mahu sumbang RM300 buat Teresa upah pembantu

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berhasrat menyumbangkan sedikit peruntukan yang sepatut diterimanya daripada kerajaan Madani untuk mengupah seorang pembantu untuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

    Dalam satu hantaran di Facebook, Fadhli berkata dia bersimpati dengan Kok kerana kesalahan terjemahan oleh ChatGPT menjadi punca kenyataan pemimpin DAP itu berkenaan cadangan mewajibkan sijil halal menjadi kontroversi.

    “RM300 sebulan untuk seorang pembantu ‘part time’ (separuh masa) lepasan SPM khusus untuk membuat kerja-kerja penterjemahaan ke bahasa Melayu.

    “Solidariti untuk YB Teresa Kok. Jom, tentu penyokong PH/BN gembira dengan semangat saya hari ini,” katanya.

    Dalam wawancaranya, tiga hari lalu, Kok berkata  terjemahan kenyataan asalnya dalam bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu  oleh ChatGPT menyebabkan ada bahagian diterjemah menjadi “sensitif”.

    Antara kesilapan terjemahan, menurut Kok, adalah langkah mewajibkan sijil halal akan “memalukan” negara, sedangkan dalam kenyataan asalnya, dia berkata ia berisiko “menjejaskan nama baik negara”.

    Namun, semakan Malaysiakini ke atas kenyataan asal Kok dalam bahasa Mandarin mendapati terjemahan bahasa Melayu dan penggunaan istilah “memalukan” adalah betul.

    Berikut adalah terjemahan bahagian tersebut: “Jika pensijilan halal ini diwajibkan, ia bukan sahaja akan mencetuskan reaksi negatif dalam negara, malah mungkin memalukan negara kita di peringkat antarabangsa.”

    Kok sebelum ini disiasat oleh polis berhubung kenyataannya mengenai cadangan kerajaan untuk mewajibkan sijil halal di restoran dan perniagaan makanan yang tidak menjual daging khinzir dan alkohol.

    MENARIK:  KDN kenal pasti calon ketua pengarah AKPS - Saifuddin

    Isu itu timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jakim sedang mempertimbangkan cadangan itu.

    Kenyataan Kok mengundang kecaman, terutama daripada Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyifatkan Kok masuk campur dalam urusan agama Islam.

    Kok kemudian mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Akmal untuk menuntut ganti rugi RM25 juta atas dakwaan memutar belit kenyataannya mengenai isu tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah