30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sokongan palsu’ buat PM: Kalau betul mana nak letak muka, kata PAS

    Shopee Sale

    PAS hari ini menyifatkan pendedahan Malaysiakini berhubung penggunaan akaun media sosial palsu bagi menaikkan populariti Perdana Menteri Anwar Ibrahim di media sosial adalah sesuatu yang memalukan.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari turut mempersoalkan jumlah dana awam yang dikeluarkan kerajaan bagi membiayai kegiatan tersebut.

    Katanya pendedahan itu adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana selama ini Anwar didakwa hanya bergantung kepada akaun palsu untuk menaikkan ratingnya di media sosial.

    “Berapakah dana awam yang digunakan untuk tujuan ini?

    "Jika tidak benar dakwaan (akaun) palsu ini, ambil tindakan segera. Ia dilaporkan secara terbuka dan lengkap dengan bukti.

    “Ini benar-benar memalukan negara. Mana nak letak muka?" katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

    Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan laporan yang mendedahkan kewujudan rangkaian sekurang-kurangnya 263 akaun yang terlibat dalam kempen tersusun untuk melonjakkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim secara palsu di halaman rasmi Facebooknya.

    Ia turut melibatkan akaun Facebook Syukur Aiman Shukri, yang merupakan seorang pemimpin Pemuda PKR di peringkat negeri.

    Penemuan tersebut dibuat dua tahun selepas syarikat pengendali Facebook, Meta, menamatkan satu lagi rangkaian berasingan melibatkan 600 akaun yang menjalankan manipulasi prokerajaan, yang dikaitkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Tiada arahan dikeluarkan

    Walaupun kedua-dua rangkaian itu beroperasi semasa dua pentadbiran berbeza – dan PDRM telah menafikan penglibatannya – dapatan tersebut menunjukkan kaedah tidak autentik yang tersusun bagi membentuk wacana politik di Malaysia masih berterusan.

    Pakar yang meneliti dapatan berkenaan berkata coraknya jelas menunjukkan kegiatan astroturfing secara profesional – iaitu kempen untuk mewujudkan gambaran tidak benar tentang sokongan akar umbi.

    MENARIK:  MTUC lucut jawatan Effendy Ghani sebagai presiden

    “(Corak ini) petunjuk kuat kegiatan astroturfing apabila sekumpulan kecil pelaku terancang cuba mewujudkan gambaran seolah-olah terdapat sokongan akar umbi yang meluas,” kata Nuurrianti Jalli, pakar propaganda dalam talian di Oklahoma State University.

    Sementara itu Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan mereka tahu atau terlibat dengan rangkaian itu dan menyatakan "tiada asas atau keperluan" untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan.

    Dalam responsnya kepada Malaysiakini, PMO mengesahkan tiada dana pembayar cukai digunakan untuk membiayai kegiatan tersebut.

    PMO juga menyatakan bahawa "kerajaan, kepimpinan parti, mahupun sayap pemudanya tidak mengeluarkan sebarang arahan atau menyediakan sebarang pembiayaan untuk operasi sedemikian."

    Pejabat itu juga mengaitkan aktiviti tersebut kepada individu yang menjalankan kebebasan bersuara mereka.

    Dalam tempoh tiga bulan, komen daripada rangkaian 263 akaun berkenaan merangkumi hampir satu per empat daripada jumlah komen dalam hantaran perdana menteri yang disampel Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah