27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sivaranjani dipilih jadi Setiausaha Agung PSM

    Shopee Sale

    Kongres nasional ke-26 Parti Sosialis Malaysia menyaksikan jawatankuasa pusat baru dipilih dengan perubahan penting melibatkan setiausaha agung baru bagi menggantikan penyandang, Sivarajan Arugmugam.

    Dia melepaskan jawatan tersebut selepas menyandangnya selama sembilan tahun.

    Seorang aktivis lama PSM, Sivaranjani Manickam, dilantik mengisi kekosongan ditinggalkan Sivarajan.

    “Dia telah menjadi ahli kesatuan sekerja dan aktivis hak pekerja selama 22 tahun dan kini mengetuai Biro Pekerja PSM,” kata parti itu dalam kenyataan hari ini.

    Sivaranjani merupakan calon PSM yang dipertaruhkan di kerusi DUN Meru dalam pilihan raya negeri Selangor pada tahun lalu. dia tewas kepada calon PH, Mariam Abdul Rashid.

    Sementara itu PSM juga menyatakan tiada perubahan lain dalam jawatan penting parti.

    Jawatankuasa Pusat PSM yang baru bagi penggal 2024-2026 ialah seperti berikut:

    Pengerusi : Dr Michael Jeyakumar Devaraj

    Timbalan pengerusi : S Arulchelvan

    Setiausaha agung : Sivaranjani Manickam

    Timbalan setiausaha agung : Bawani KS

    Bendahari kehormat : Soh Sook Hwa

    Pemangku bendahari : S Madhavi

    Jawatankuasa Pusat

    K Arveent
    Chong Yee Shan
    Choo Chon Kai
    G Gandapan
    M Karthiges
    Nik Aziz Afiq
    E Parames
    A Sivarajan
    Suresh Kumar

    Kongres tahun ini diadakan di Johor Baru buat pertama kali dalam sejarah parti itu dengan tema "Kuasa Ketiga Alternatif Rakyat".

    MENARIK:  Kerajaan perkenal elaun pasca cuti bersalin

    Menurut PSM tema berkenaan dipilih kerana PSM mahu menjelmakan sentimen kecewa dalam kalangan warga kerja dan golongan marhaen kerana agenda reformasi gagal dilaksanakan.

    “Pemerintah reformis semakin hari semakin terpisah daripada tuntutan dan hasrat rakyat. Mereka jelas lebih berminat untuk bergeser bahu dengan elit korporat dan pelabur asing, serta mengutamakan agenda perniagaan.

    "Pihak reformis beranggapan, jika kapitalis dan pelabur asing dijaga, maka pembangunan ekonomi yang diwujudkan akan turun ke bawah sampai ke rakyat biasa atau trickle down economics.

    "Perspektif sedemikian hanya telah melebarkan ruang di antara yang kaya dengan miskin," kata PSM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah