27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sim: Ahli PKR mungkin tolak kempen agresif Rafizi

    Shopee Sale

    Kempen calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilihat agresif mungkin tidak dapat diterima ahli parti, kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

    Dia berkata strategi kempen Rafizi setakat ini mencetuskan persepsi negatif, khususnya kerana cara dia menghebohkan hal dalaman parti ke mata umum.

    “Pada pendapat saya, cara Rafizi berkempen agresif dan mungkin tidak dapat diterima oleh ramai ahli parti.

    "Sebabnya, ahli parti ini macam keluarga. Walaupun keluarga ada (dalam kalangan) yang tidak bersetuju (dengan cara Rafizi).

    "Jadi apa yang berlaku dalam keluarga, kita selesaikan dalam keluarga.

    “Bila dihebohkan di luar, ia akan mengundang respon tidak baik,",” kata Sim seperti dilaporkan BH Online.

    Sim - salah seorang 11 calon yang merebut empat kerusi naib presiden PKR - berpendapat Rafizi tidak mungkin melunakkan pendekatannya.

    Sebaliknya, dia menjangkakan Rafizi akan terus mengekalkan nada 'menyerang' PKR dalam kempennya.

    Sim turut membandingkan Rafizi dengan seorang lagi calon jawatan nombor dua PKR Nurul Izzah Anwar.

    “Jadi saya nampak Nurul Izzah menggunakan pendekatan damai. Dia tidak menyerang balik. Dia telan saja.

    "Buat masa sekarang saya nampak kempen Rafizi akan terus macam itu (agresif). Nasib baik tempoh berkempen (pengundian PKR pusat) pendek bukan panjang. Ada (lebih kurang) lima hari lagi.

    ‘Kembalilah’ Rafizi

    "Saya mengharapkan kawan baik saya iaitu Rafizi selaku rakan seperjuangan supaya kembali kepada asas. Kenapa kita sertai parti ini?

    MENARIK:  Pendakwaan bantah soalan tiada kaitan kes rasuah Guan Eng

    “Kita sertai parti ini sebab hendak lakukan perubahan.

    "Dalam perjuangan ini memang ada banyak naik dan turun. Memang banyak cabaran. Kalau boleh, kembalilah sebagai satu pasukan,” kata Sim lagi.

    Malam tadi, Nurul Izzah memberi amaran keras bahawa perpecahan dalaman boleh menyebabkan PKR hancur dalam tempoh lima ke 10 tahun.

    Izzah turut menggesa ahli-ahli parti bersatu selepas pengundian PKR dan memberi keutamaan kepada kelangsungan parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

    Tumpuan utama pengundian PKR kali ini banyak terarah kepada pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah – anak kepada perdana menteri merangkap presiden PKR, Anwar Ibrahim – dan Rafizi.

    Selain berikrar akan meletak jawatan sebagai menteri sekiranya tewas dalam pengundian, Rafizi juga tidak menapis kata-kata dalam siri kempen,malah lantang mengecam beberapa tokoh dalam PKR.

    Dia turut memecah tradisi apabila menolak untuk merasmikan kongres sayap Pemuda dan Wanita PKR, sambil menegaskan pelancaran jentera pilihan raya PKR Sabah baru-baru ini diadakan tanpa pengetahuannya – meskipun dia pengarah pilihan raya parti.

    Kongres Nasional PKR, termasuk Kongres Pemuda dan Wanita, dijadual berlangsung dari 22 hingga 24 Mei di Johor Bahru manakala pengundian kepimpinan pusat akan diadakan pada 23 Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah