33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sidang Kemuncak Asean: Cadangan WFH, PDPR masih diteliti – Fahmi

    Shopee Sale

    Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung cadangan bekerja dari rumah bagi penjawat awam, serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk pelajar sekolah sempena Sidang Kemuncak ASEAN, akhir bulan ini.

    Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu telah dibincangkan dua minggu lepas dan beliau percaya Sekretariat ASEAN di Wisma Putra sedang melakukan penelitian terperinci berhubung isu ini.

    “Fokusnya ialah kepada warga yang mungkin bekerja ataupun di sekitar lokasi Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar yang akan diadakan.

    “Mengikut kalendar dijangka Sidang Kemuncak ASEAN ini akan berlaku dalam hujung Mei dan saya percaya dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang, sama ada minggu ini atau pun minggu berikutnya kita akan ada maklumat tambahan,” katanya.

    MENARIK:  Pendikir wanita Kelantan malar segar meski cuba dibungkam

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Kesihatan Awam Universiti Malaya: Kencing Manis Bukan Halangan di IWK Ecopark Pantai Dalam, di Kuala Lumpur hari ini.

    Fahmi berkata bagi beberapa sektor seperti pendidikan, perkara berkenaan juga boleh dirujuk dengan Menteri Pendidikan dan bagi penjawat awam dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

    Sebelum ini, media melaporkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan pelaksanaan WFH dan PdPR ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan, akan dibawa kepada perhatian Kabinet.

    Mohamad berkata cadangan ini timbul, berikutan kesulitan dan kekangan yang dihadapi oleh rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang terkesan akibat penutupan jalan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping, ke Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah