34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serangan KK Mart Kuantan: Polis kesan seorang individu

    Shopee Sale

    Polis percaya hanya seorang individu terlibat dalam kejadian membaling bom petrol atau molotov cocktail di cawangan KK Mart Sungai Isap di Kuantan sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil pada Sabtu lepas.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan terhadap beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

    “Justeru, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kita juga akan lihat CCTV lain yang dapat membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Kempen Pencegahan Jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di Kuantan malam tadi.

    Wan Mohd Zahari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

    Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman semalam dilaporkan berkata polis telah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan selain Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah diarahkan meningkatkan rondaan di cawangan KK Mart di seluruh negeri ini.

    MENARIK:  RUU pemisahan pendakwa raya-AG, had penggal PM dibentang tahun ini

    Pada 30 Mac lepas, cawangan KK Mart yang baru beroperasi dua minggu itu dibaling bom petrol daripada individu tidak dikenali sehingga menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah