29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sekurang-kurangnya 8 rumah diroboh dalam operasi mengejut di Semporna

    Shopee Sale


    Sekurang-kurangnya lapan buah rumah di dua pulau dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna, Sabah dilaporkan dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam satu operasi mengejut hari ini.

    Pengasas Borneo Komrad, Mukmin Nantang memberitahu Malaysiakini yang penduduk memaklumkan operasi itu kepadanya pagi ini.

    “Minggu lepas, pihak berkuasa arahkan penduduk agar meninggalkan rumah mereka dan memberikan mereka dua dokumen yang memetik Enakmen Taman-taman 1984, menggariskan peraturan dan kesalahan berkaitan menceroboh atau merosakkan Taman Negeri.

    “Tiba-tiba pagi ini, sekurang-kurangnya empat bot pihak berkuasa dilihat, mencetuskan panik. Ketika itulah mereka memulakan operasi,” katanya.

    MENARIK:  Dakwaan Muhyiddin mengenai badan kehakiman tidak berasas - Kamil

    Mukmin berkata lagi, rumah yang dirobohkan terletak di Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya milik komuniti Suluk dan Bajau Laut tanpa dokumen.

    [Berita lanjut menyusul]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah