27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saman Fahmi pada Papagomo selesai, kes Ahmad Dusuki dibicara esok

    Shopee Sale

    Kes saman fitnah difailkan Fahmi Fadzil terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo pada 2023 berhubung dakwaan kononnya menteri komunikasi itu menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

    Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi berkata kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian kes secara damai.

    "Ini kenyataan yang telah dan dipersetujui bersama iaitu setelah mempertimbangkan penjelasan lanjut dan kenyataan dari pihak berkuasa dari dalam surat khabar, ucapan plaintif di Masjid Nurul Yaqin, Kuang, Rawang, Selangor pada 30 Julai 2023 bukan satu kempen ceramah politik atau kenyataan berunsur politik.

    "Isu yang timbul ialah salah faham yang tidak sepatutnya berbangkit sejak awal dan pihak-pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan selain yang dipersetujui dalam kenyataan ini," katanya kepada media selepas prosiding di hadapan hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

    Sementara itu, Asheeq berkata saman terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani, akan diteruskan dengan perbicaraan esok selepas pihak yang terlibat gagal mencapai penyelesaian kes.

    "Esok, YB Fahmi akan mula memberi keterangan untuk kes Ahmad Dusuki," kata peguam terbabit.

    Fahmi Fadzil

    Sementara itu, Fahmi semasa sidang media merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan peguam kerana menguruskan mediasi antara dua daripada tiga defendan.

    "Dua daripada tiga kes ini telah membersihkan nama saya, tuduhan dibuat sebelum ini memang tidak wajar dan tidak patut dilakukan serta ia berbentuk fitnah.

    MENARIK:  Daim mohon kes gagal isytihar harta didengar di hadapan hakim lain

    "Saya harap pada masa depan dalam apa-apa kes sekali pun kita semak dulu maklumat sebelum kita buat hantaran dalam media sosial dan harap kita mengambil pengajaran daripada insiden ini," katanya.

    Terdahulu, kes saman fitnah difailkan Fahmi terhadap pemilik akaun Facebook N13 Kuang, Mohd Fauzan Madzlan, berhubung isu sama telah diselesaikan juga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    Berdasarkan writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan pada 5 Sept 2023, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa dia menyalahgunakan masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

    Ahmad Dusuki Abd Rani

    Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023, manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos tahun sama.

    Fahmi berkata kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor mengesahkan bahawa dia sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik sepertimana yang difitnah oleh defendan.

    Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah