25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saksi: Helikopter terbang rendah, berpusing sebelum jatuh ke laut

    Shopee Sale

    Tindakan pantas seorang pemancing menghubungi talian kecemasan 999 membolehkan langkah menyelamat dapat dilakukan segera dalam kejadian helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, di Kuala Selangor pagi semalam.

    Mengimbas detik cemas itu, Mohd Riduan Kulop Ahmad, 38, berkata ketika kejadian dia bersama tujuh lagi rakan sedang memancing tidak jauh dari tempat kejadian.

    Riduan berkata dia dan rakan-rakan terkejut serta cemas apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.

    “Melihat kejadian itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan pihak berkuasa mengenai kejadian itu.

    "Tidak lama kemudian saya lihat ada pihak yang datang menyelamatkan mereka yang berada di dalam helikopter tersebut,” katanya menerusi satu video ringkas yang dikongsi dengan media semalam.

    Awal pagi semalam, tersebar video tular dan foto mengenai sebuah pesawat terhempas ke laut, sebelum Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin mengeluarkan kenyataan mengesahkan helikopter jenis AW 139 dengan nombor pendaftaran M72-01 milik APMM melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa.

    MENARIK:  Cadangan pembangunan bersama Ambalat belum dimuktamad - timb menteri

    Maklumat awal insiden menimpa pesawat yang dikendalikan Leftenan Komander Maritim Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama dua lagi kru itu diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

    Susulan itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (carilamat) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya pada jam 10:15 pagi.

    Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan, sebelum diterbangkan dengan pesawat AS 365 N3 ke Stesen Udara Maritim Subang.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah