33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rasuah Sabah: SPRM panggil pemberi maklumat hari ini

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang pemberi maklumat hari ini bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan terhadap pemimpin tersebut berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.

    "Tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau cuba untuk melindungi mana-mana pihak dalam kes ini.

    “Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Berbuka Puasa di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

    MENARIK:  MOU peruntukan MP: Kerajaan anggap cara PN tak bertertib

    Pada majlis menandatangani nota kerjasama itu, SPRM diwakili Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy manakala DBKK diwakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, disaksikan Azam.

    Sebelum ini, tular video berdurasi lebih empat minit yang mengaitkan pemimpin berkenaan dengan dakwaan rasuah projek perlombongan mineral di Sabah.

    Azam berkata setakat ini SPRM belum mengambil keterangan pemimpin terlibat dan video yang tular di media sosial itu perlu dianalisis ketulenannya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah