28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramlan Harun dilantik pengerusi SPR baru

    Shopee Sale

    Bekas ketua setiausaha kementerian pembangunan luar bandar Ramlan Harun dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru, berkuat kuasa hari ini.

    Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan Ramlan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

    "Sukacita dimaklumkan bahawa selaras Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi SPR.

    "Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024," katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Pelantikan Ramlan sebagai pengerusi SPR yang baru adalah bagi menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu. Dia menerajui badan suruhanjaya berkenaan selama empat tahun.

    MENARIK:  Paus Francis wariskan legasi reformasi dan ketabahan

    Ramlan, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah