33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raja Norway selamat jalani prosedur implan jantung di Langkawi

    Shopee Sale

    Raja Norway Raja Harald V selamat menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi pada Sabtu, menurut kenyataan di laman sesawang http://www.royalcourt.no.

    Prosedur itu dijalankan berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda Bjorn Bendz.

    "Keputusan mengenai prosedur itu dibuat awal hari ini dan prosedur itu berjaya. Baginda dalam keadaan baik tetapi masih memerlukan rehat," menurut kenyataan itu yang memetik Bendz.

    Bendz berkata implan perentak jantung itu membolehkan baginda untuk berangkat pulang ke Norway dengan lebih selamat.

    Urusan untuk keberangkatan pulang baginda Ke Norway sedang dijalankan dan proses itu dijangkakan mengambil masa beberapa hari, menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Semakan akta pelantikan hakim ke arah reformasi kehakiman - Bersih

    Bernama pada 28 Feb lepas melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas gering ketika bercuti di Malaysia.

    Raja Harald V dijadual menyambung semula tugas rasmi pada 8 Mac dan baginda dijadual bertemu ahli Kabinet di Istana Diraja di Oslo, lapor Xinhua.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah