25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raja Muda Selangor tamatkan zaman bujang minggu depan

    Shopee Sale

    Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan menamatkan zaman bujangnya minggu depan.

    Baginda akan melangsungkan perkahwinan dengan Afzaa Fadini Abdul Aziz pada 2 Oktober di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang.

    Perkara itu diumumkan oleh Mohamad Munir Bani, setiausaha sulit Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, sebentar tadi.

    Istiadat persandingan diraja dan majlis santapan diraja akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober.

    MENARIK:  ULASAN | Perjanjian ART: Langkah strategik, bukan malapetaka negara

    Selain itu, majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September di seluruh masjid di Selangor bagi memohon doa semoga istiadat perkahwinan berjalan dengan lancar.

    “Pada tarikh berkenaan juga Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke majlis doa selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di Shah Alam,” kata Mohamad Munir.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah