27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi ucap terima kasih penjawat awam pada hari terakhir

    Shopee Sale

    Pada hari terakhir cutinya, menteri ekonomi yang akan berundur Rafizi Ramli, merakamkan penghargaan kepada penjawat awam merentas pelbagai kementerian dan agensi, sambil menyatakan penghargaan mendalam atas sokongan mereka sepanjang tempoh perkhidmatannya dan mengiktiraf sumbangan mereka terhadap proses pembelajaran dan kematangannya dalam kerajaan.

    Melalui kenyataan dimuat naik di media sosial, Rafizi mengakui perananan luas Kementerian Ekonomi, yang digambarkannya sebagai agensi pusat yang terlibat dalam peranancangan makro merentasi semua sektor, termasuk pertanian, pendidikan, kesihatan dan perpaduan nasional.

    Ini menjadikan ketua kementerian tersebut perlu mempunyai pengetahuan kerja dalam hampir setiap sektor, sesuatu yang disifatkannya sebagai cabaran besar, walaupun bagi ahli politik berpengalaman.

    Rafizi berkata dia sangat bergantung kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

    “Saya terhutang budi kepada semua penjawat awam ini. Saya banyak belajar daripada mereka dalam menjalankan tugas saya — lebih banyak daripada apa yang mereka pelajari daripada saya.

    “Seseorang yang baru menjadi ketua dalam organisasi besar dan mempunyai skop kerja yang luas perlu banyak bertanya untuk belajar.

    “Kalau penjawat awam kedekut ilmu, atau tidak memberikan jawapan yang betul, atau culas dalam memberi penjelasan yang komprehensif, maka menteri itu tidak akan berupaya membina kemahiran yang diperlukan dalam masa yang singkat,” katanya.

    Rafizi, yang meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi selepas gagal mempertahankan jawatannya dalam pengundian PKR, masih belum mendedahkan rancangan masa depannya. Dia sebelum ini berjanji untuk mengumumkan sesuatu selepas Hari Raya Haji.

    Esok (17 Jun) merupakan hari terakhir Rafizi secara rasmi di pejabat menteri.

    MENARIK:  Peniaga kecewa premis disita walau sewa tertunggak sebulan

    Dalam kenyataan itu, dia turut menyampaikan penghargaan khusus kepada beberapa agensi seperti Jabatan Perangkaan (DOSM), Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC), dan agensi-agensi pelaksana agenda Bumiputera di bawah kementeriannya.

    Rafizi juga mengiktiraf kerjasama daripada agensi-agensi di bawah kementerian lain seperti Jabatan Digital Negara (dahulunya MAMPU), Majlis Perundingan Gaji Negara dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

    Walaupun melepaskan perananan sebagai menteri, Rafizi berkata dia yakin dengan masa depan tadbir urus Malaysia.

    “Seperti yang saya sebut dalam ucapan terakhir Jumaat lepas, saya tidak bimbang dengan kemampuan kerajaan merencana kemajuan negara kerana tulang belakangnya terdiri daripada penjawat-penjawat awam yang sayangkan negara,” katanya.

    Pada pengundian PKR bulan lalu, Rafizi tewas kepada Nurul Izzah, anak kepada perdana menteri merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang menyebabkan timbul dakwaan nepotisme.

    Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Nurul Izzah dipilih oleh ahli parti melalui proses demokrasi.

    Rafizi akhirnya menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi, disusuli oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang turut melepaskan jawatannya sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar selepas gagal mempertahankan jawatan ketua cabang dan naib presiden PKR.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah