27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pulau Batu Puteh: Amanah Johor setuju Mahathir disiasat

    Shopee Sale

    Amanah Johor hari ini menyokong cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) agar bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, disiasat berhubung perananannya dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

    Pengerusinya Aminolhuda Hassan berkata siasatan RCI berkenaan mendapati Mahathir membuat keputusan sepihak apabila mahu semakan semula kes tuntutan berkenaan dihentikan.

    "Amanah Johor mengharapkan keadilan dapat ditegakkan selain membolehkan rakyat tahu alasan Tun Mahathir tidak mahu meneruskan semakan kes tuntutan Pulau Batu Puteh sebelum ini," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan bahawa siasatan RCI mengenai pertikaian Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mendapati Malaysia masih ada peluang membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak kepada Singapura.

    Laporan RCI yang didedahkan di parlimen hari ini sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada 18 Jun lalu.

    RCI juga merumuskan Malaysia mempunyai kes yang boleh dihujah sekiranya kerajaan membentangkan fakta baru semasa proses permohonan semakan dan permintaan pentafsiran di ICJ.

    MENARIK:  Kongres Nasional PKR bermula sehari awal pada 24 Mei

    Kata badan itu hujah tersebut mungkin boleh mematahkan alasan majoriti hakim ICJ yang memutuskan Pulau Batu Puteh dimiliki Singapura.

    RCI turut menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahathir untuk tidak meneruskan kes berkenaan.

    Aminolhuda berkata Amanah Johor memang sejak dulu berpendirian tetap mahu semakan semula keputusan ICJ dibuat kerana ia melibatkan maruah negara.

    Amanah Johor, kata Ahli Parlimen Sri Gading itu lagi, sangat berharap perkara agar tidak lagi kejadian seumpama itu berulang pada masa akan datang.

    "Kami menyatakan sokongan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, yang mahu mencari penyelesaian serta menambah baik isu kedaulatan negara dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

    "Untuk sokongan terhadap syor siasatan jenayah itu, Amanah Johor melihat perlunya rakyat mengetahui apa yang berlaku dalam kes kedaulatan negara seperti isu Pulau Batu Puteh," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah