25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puisi Hassan: Belajarlah dari Bangladesh

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen veteran PKR, Hassan Karim mengingatkan kerajaan supaya mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di Bangladesh yang akhirnya menyaksikan peletakan jawatan perdana menterinya, Sheikh Hasinah Begum.

    Hassan yang sering dilihat mengkritik kerajaan Anwar Ibrahim sebelum ini, kali ini menulis puisi dalam bahasa Inggeris untuk meluahkan perasaannya.

    Berikut terjemahan dalam bahasa Melayu puisi ditulis ahli parlimen Pasir Gudang itu:

    “Mereka bermula dengan menyerang akhbar

    Kemudian mengawal kehakiman

    Selepas menutup mulut parti pembangkang

    Menyerang masyarakat awam

    Dan hari demi hari membuat pelbagai pembohongan

    Kerajaan seperti ini tidak akan mempunyai asas moral yang tinggi.

    Jangka masa kewujudan mereka telah pun dihitung.

    Teruskan perjuangan untuk perubahan yang sebenar."

    Hassan berkata dia menulis puisi itu sebagai tanda sokongan terhadap Malaysiakini,- susulan siasatan polis terhadap tiga wartawannya, serta dakwaan Anwar bahawa seorang kolumnis Malaysiakini telah menggunakan perkataan berbeza untuk menterjemah kenyataannya.

    MENARIK:  Sistem APSS pencetus perubahan di sempadan atasi isu keselamatan - Saifuddin

    Sebelum ini Hassan lantang mengkritik pentadbiran kerajaan, tetapi pada masa-masa tertentu mempertahankan kerajaan kritikan yang lebih keras.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah