24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Program RTK 2.0: SPRM buka kertas siasatan ke atas 5 majikan

    Shopee Sale

    SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap lima majikan atas dakwaan menggunakan dokumen palsu untuk permohonan penggajian pekerja asing di bawah program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

    Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

    "Seramai lima majikan terlibat. Mereka menggunakan ejen bagi mengeluarkan sijil Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang palsu. Maknanya mereka tipu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

    "Jadi, semua majikan telah dipanggil. Sebenarnya, siasatan kini di penghujungnya. 

    "Kita buka lima kertas siasatan dan kami cadangkan untuk pertuduhan (dikenakan) terhadap majikan-majikan ini," katanya kepada Malaysiakini.

    Azam diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam lebih 50 majikan telah dipanggil SPRM berhubung program RTK 2.0.

    Sebelum ini, Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff mengesahkan siasatan tersebut.

    Namun, beberapa majikan yang enggan dinamakan mendakwa siasatan itu adalah tindakan “balas dendam” oleh seorang pegawai JIM Kuala Lumpur.

    "Sejak RTK2.0 dimulakan, pegawai ini mempunyai isu dengan dengan beberapa majikan, khususnya majikan yang tidak menggunakan agensi pekerja asing.

    "RTK 2.0 ini ada beberapa lapisan proses. Kami menggunakan dokumen yang sama untuk setiap proses termasuk proses verifikasi (menggunakan cap jari) dan tidak ada sebarang masalah (dokumen palsu) sehingga sampai ke meja pegawai ini untuk proses kuota pengambilan pekerja (daripada kalangan) pendatang asing tanpa izin (melalui) RTK 2.0," kata salah seorang majikan itu.

    MENARIK:  ULASAN | Kita kena berani mencuba, menguji kaji

    Tindakan pendakwaan

    Sementara itu, Azam berkata SPRM akan mencadangkan majikan yang terlibat didakwa di bawah Seksyen 18 Akta SPRM dan secara alternatif, Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

    "Semua majikan telah direkodkan kenyataan dan jika timbalan pendakwa raya bersetuju untuk mendakwa, kami akan membuat penahanan sewajarnya.

    "Kami akan mencadangkan pertuduhan dikenakan kepada majikan dan ejen mereka juga. Jumlah ejen yang terlibat masih tidak pasti tapi ramai yang terlibat," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah