29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Sabah: PH hormati keputusan BN tidak kerjasama dengan GRS – Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

    Beliau yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu tidak tersepit dalam keputusan berkenaan, malah akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian.

    “PH akan terus berbincang juga dengan BN dan GRS. Kita akan terus berunding, apa pun berunding dengan baik dan mencari penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Pisah kuasa AG: Putrajaya pertahan langkah rujuk RUU ke JKPK

    Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan.

    Ahmad Zahid berkata sebaliknya parti itu memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada PRN17 Sabah.

    Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah