25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRK Sg Bakap: Umno akan bantu calon PH – Ahmad Maslan

    Shopee Sale

    Umno akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

    Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sehubungan itu, beliau bersama-sama seorang lagi ahli MKT Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah dihantar ke Sungai Bakap hari ini untuk bertemu dengan kepimpinan Umno dan PKR Nibong Tebal bagi membincangkan gerak kerja PRK.

    “Umno akan bantu calon PH di Sungai Bakap. Ini keputusan dalam mesyuarat War Room, iaitu saya adalah ketua sekretariatnya.

    “Pengerusi Jawatankuasa War Room Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah hantar saya hari ini untuk bertemu dengan Umno Bahagian Nibong Tebal di Pejabat Umno (Nibong Tebal) manakala Jamil Khir akan bertemu dengan Biro Agama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Jalan Bandar @Penang 2024 di Butterworth Arena di Butterworth yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

    Semalam, Mesyuarat Barisan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang sebulat suara bersetuju agar PKR meletakkan calon mewakili parti gabungan itu pada PRK Sungai Bakap.

    MENARIK:  Kes harta RM170 juta dan emas: Ismail Sabri bakal didakwa esok

    Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut dan Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK di kawasan itu.

    Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah