28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah

    Shopee Sale

    Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta pacuan empat roda yang dpandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah selepas tidak mengendahkan arahan berhenti untuk pemeriksaan di Laloh, di Kuala Krai, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek berusia 45 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar oleh anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV).

    Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Kamarulzaman Harun berkata polis mengekori kereta itu dari kawasan Batu Jong sehingga ke simpang empat Laloh, di Laloh, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

    Beliau berkata anggota MPV cuba menahan kenderaan itu namun tidak diendahkan dan bertindak meneruskan perjalanan.

    MENARIK:  Hasrat k'jaan bagi setiap pelajar satu tablet - Zahid

    “Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu, polis menjumpai satu bungkusan plastik berisi 162 pil disyaki dadah jenis syabu dan sebilah parang panjang bersarung hitam,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

    Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah