32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki terlibat dalam kematian seekor anjing liar di Pusing dekat Batu Gajah, Rabu lepas.

    Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad berkata suspek berusia 64 tahun ditahan di Pusing pada 11 malam tadi, selepas pihaknya menerima laporan kematian anjing itu 9.30 pagi semalam.

    “Kejadian dipercayai berlaku pada 7.30 malam 28 Jan apabila penduduk setempat mendengar bunyi letupan kuat dan mendapati anjing itu mati terbaring di jalan raya dalam keadaan mulut berlumuran darah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    MENARIK:  PM: Insiden kapal Petronas dihalau nelayan Indonesia selesai cara baik

    Md Noor Aehawan berkata permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

    Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu, yang turut tular di media sosial, selain meminta semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah