28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan jurulatih bolasepak disyaki liwat, cabul remaja lelaki

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang jurulatih bola sepak kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pondok di hadapan kediamannya di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di Kota Tinggi, Khamis lepas.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusuf Othman berkata laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang berusia 15 tahun, sehari selepas kejadian.

    Polis kemudiannya menahan lelaki berusia lingkungan 50-an itu semasa berada di kampung berkenaan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

    MENARIK:  Anwar tiba di S'pura untuk pemukiman pemimpin Malaysia-S'pura ke-12

    “Mereka merupakan jiran dan kejadian ini pertama kali berlaku. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari hingga hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah