25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sahkan terima laporan bekas naib canselor UKM

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua laporan polis berkenaan dibuat pada petang semalam oleh Mohd Ekhwan.

    “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  ‘Malaikat pun lari malam’: Zahid mohon maaf atas khilaf, terlanjur kata

    Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Mohd Ekhwan Toriman beberapa hari lepas.

    Zambry berkata pihaknya menerima keputusan itu kerana beliau memberikan sebab mahu menumpukan perhatian terhadap perkara lain.

    Terdahulu, tular di media sosial dakwaan terdapat unsur salah guna kuasa dan penyelewengan di UKM yang mengaitkan Mohd Ekhwan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah