26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis giat kesan suspek serang saksi kes rasuah Guan Eng

    Shopee Sale

    Polis sedang giat mengesan suspek terlibat dalam serangan terhadap saksi utama perbicaraan membabitkan kes rasuah bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan kes membabitkan serangan itu masih diteruskan dengan beberapa keterangan telah direkodkan melibatkan pelbagai pihak.

    "Kes (siasatan) itu masih lagi aktif dan kita merakam keterangan ramai saksi bagi menentukan tujuan atau modus operanandi kejadian berkenaan.

    "Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor masih meneruskan operasi mencari suspek," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

    MENARIK:  ‘Rundingan sempadan tak guna prinsip timbal balik, pampasan’ 

    Pada 11 Ogos lepas, Shazeli dilaporkan berkata kes pecah rumah yang membabitkan saksi utama kes rasuah Lim, adalah kes jenayah.

    Media sebelum ini melaporkan mangsa cedera di muka dan tangan selepas diserang sekumpulan 10 lelaki yang menceroboh rumahnya di Petaling Jaya, pada 6 Ogos lepas.

    Lim, yang juga Penasihat DAP sedang berdepan beberapa pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen berhubung Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah