26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Prestasi ringgit terbaik di Asia, hasil tatakelola baik

    Shopee Sale

    Prestasi ringgit kini berada antara yang terbaik di Asia membuktikan keberkesanan dasar tatakelola, kestabilan politik dan keyakinan pelabur terhadap hala tuju ekonomi negara.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengukuhan nilai ringgit juga adalah hasil daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan keamanan negara, pentadbiran cekap serta ketegasan dalam membanteras rasuah dan penyelewengan.

    “Ringgit mencatatkan prestasi terbaik di Asia, bukan berbanding dengan negara-negara jiran tetapi seluruh Asia.

    “Oleh sebab itu, kita kena kerja kuat, jaga negara dan ia bermula dengan tatakelola. Jangan ada duit lebih, masuk dalam poket, ambil komisen,” kata beliau pada Karnival Kebudayaan MADANI dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, Permatang Pasir di Bukit Mertajam hari ini.

    MENARIK:  Kes pelakon, penyanyi amang seksual: Kertas siasatan diserah pada TPR

    Pada Jumaat, ringgit melepasi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar AS apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992, dengan kali terakhir ringgit berada pada paras itu pada 18 Jun 2018 yang mencecah 3.9960/9990.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah