28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu.

    Ketibaan Anwar pada 3.37 petang disambut Ahmad Samsuri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

    Mengiringi Anwar ke taklimat itu ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, serta barisan exco kerajaan negeri.

    Taklimat yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit itu, turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

    MENARIK:  Wan Saiful gesa tangguh pembentangan RUU URA

    Anwar selepas ini dijadualkan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri Terengganu di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah