26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pinda akta Komunikasi: Pembangkang desak undi belah bahagi

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Pembangkang mendesak agar undi belah bahagi diadakan untuk Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.

    Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membuat gesaan itu ketika Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul bersedia untuk memanggil undian secara suara.

    Ini selepas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil selesai menggulung perbahasan berhubung pindaan undang-undang tersebut.

    Tindakan Fadhli disokong lebih 15 ahli parlimen pembangkang, memenuhi syarat yang diperlukan bagi memaksa undi belah bahagi dijalankan.

    Sebelum itu, seramai 24 ahli parlimen dari kedua-dua belah pihak mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan RUU tersebut.

    MENARIK:  ULASAN | Azis silap fakta, Warisan sendiri pilih lawan PH di Sabah

    Sebilangan besar ahli parlimen menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa peruntukan yang dicadangkan dalam pindaan itu.

    Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dikritik akan memberi kesan terhadap aspek kawal selia kandungan dan kebebasan bersuara, yang telah mencetuskan perdebatan hangat di Dewan Rakyat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah