29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pertikaian kemenangan Hilman – Dah tutup buku, kata JPP Bersatu

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu memutuskan bahawa keputusan pengundian Pemuda Bersatu, minggu lalu adalah muktamad.

    “Dah tutup buku,” kata Pengerusi JPP, Abdul Azim Mohd Zabidi kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya petang ini.

    Abdul Azim Mohd Zabidi

    Rabu lalu, naib ketua yang baru dipilih Faiz Rahmad tampil mempertikaikan keputusan pengundian.

    Dalam satu kenyataan, Faiz mendakwa wujudnya campur tangan, penyelewengan dan mempertikaikan keputusan yang diumumkan oleh jawatankuasa pengundian parti (JPP).

    Ini termasuk dakwaan beberapa bahagian dihalang daripada mengundi seperti di bahagian Beaufort, atau mengalami lonjakan jumlah mendadak ahli yang layak untuk membuang undi bahagian Kalabakan.

    Pada hari yang sama, Adun Gombak Setia, Hilman Idham memenangi jawatan Ketua Pemuda (Armada) Bersatu, menewaskan pencabarnya, bekas pengerusi tetap sayap pemuda Akmal Zahin Zainal Zahir, dengan 170 undi.

    MENARIK:  Muafakat Nasional adalah penyelesaian, kata Shahidan

    Bagaimanapun, sebelum itu, Zahin dilaporkan sebagai pemenang berdasarkan keputusan tidak rasmi.

    Hilman yang dilaporkan sebagai penyokong tegar Azmin Ali, mengetuai salah satu puak dalam parti itu. Kumpulan lain pula diketuai oleh Hamzah Zainudin, yang kini adalah timbalan presiden parti.

    Mohd Radzi Mohd Jidin

    Turut hadir pada sidang media hari ini ialah ahli Parlimen Putrajaya Mohd Radzi Mohd Jidin, yang memenangi salah satu daripada tiga jawatan naib presiden.

    Ketika disoal mengenai kepimpinan baharu Bersatu yang mampu menghalang perpecahan dalam parti, Radzi menafikan wujudnya sebarang pertelingkahan atau kem dalam parti itu.

    “Sebelum ini pun tak ada apa-apa pecahan.

    “Apa yang paling penting adalah untuk kita bersama-sama pimpinan baru ini menyusun dalam tempoh yang ada ini untuk pastikan parti terus bergerak. Itu yang paling penting,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah