28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perairan negara sentiasa dikawal rapi bendung pencerobohan – Saifuddin

    Shopee Sale

    Pasukan penguat kuasa terutamanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa siap siaga mengekang pencerobohan di kawasan perairan negara, termasuk membendung cubaan kemasukan pelarian Rohingya dari Myanmar yang meningkat kebelakangan ini.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hampir setiap hari bot yang membawa pelarian dari negara berkenaan dikesan berada di perairan antarabangsa dan cuba menceroboh perairan Malaysia tetapi berjaya dihalang oleh pasukan keselamatan.

    Beliau berkata kemasukan pelarian dari negara Myanmar itu disebabkan isu yang melanda negara asal mereka serta faktor tarikan Malaysia yang mempunyai ekonomi stabil dan aman.

    "Mengenai faktor penolak ini, seperti yang kita sedia maklum di peringkat ASEAN, memang isu Myanmar ini kita bincangkan," katanya dalam sidang media selepas meninjau persiapan Asia International Security Summit and Expo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  MP DAP cabar Pejuang minta PN buat usul undi tak percaya pada PM

    Mengulas mengenai kira-kira 200 pelarian dari Myanmar yang menaiki sebuah bot dan mendarat di pantai Teluk Yu berhampiran Ayer Hangat, Langkawi pada awal pagi Jumaat lepas, Saifuddin Nasution berkata mereka semua telah diprofilkan dan ditempatkan di depot imigresen.

    Beliau berkata perkara berkenaan dilakukan atas dasar kemanusiaan.

    Mengulas mengenai arahan anggota polis perlu memenuhi syarat indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 28 untuk kenaikan pangkat, Saifuddin Nasution berkata ia sebahagian proses pengesahan kenaikan pangkat selain sebagai lambang disiplin pasukan berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah