26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pensyarah didakwa hina Nabi: Menteri nasihat hati-hati ceramah

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan terutamanya dalam perkara berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

    Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau berkata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kontroversi berhubung perkara berkenaan perlu dielakkan.

    Beliau berkata pihaknya juga telah mengambil maklum berhubung dakwaan perbuatan seorang individu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan ceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini dan tindakan polis yang telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

    “Kita minta semua pihak untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    MENARIK:  Fahmi puji Bernama, RTM tangani isu 3R

    "Pada masa sama, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut membuat siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya

    Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW setelah menerima laporan polis berhubung perkara berkenaan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah