30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penolong kanan sekolah rendah disyaki cabul murid ditahan

    Shopee Sale

    Polis menahan guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di Ipoh Jumaat lalu kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan di sekolah berkenaan.

    Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berkata suspek berusia 37 tahun dan masih bujang itu ditahan susulan laporan dibuat ibu mangsa - berusia 47 tahun - yang mendakwa anak perempuannya dipeluk dan dicium oleh guru terbabit.

    Menurut Azizi, berdasarkan laporan yang dibuat, murid berumur 12 tahun itu beberapa kali dipeluk dan dicium, di samping menerima gambar tidak senonoh daripada guru berkenaan.

    “Suspek yang baru lapan bulan berkhidmat di sekolah itu direman selama enam hari bermula Sabtu lalu sehingga 17 Okt depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | The Housemaid bukan sekadar tentang selingkuh, cemburu

    Semalam Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dilaporkan berkata Kementerian Pendidikan Malaysia bersedia memberi khidmat kaunseling kepada murid berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah