26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengumuman besar tangani kos sara hidup Isnin atau Selasa ini – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata dia akan mengumumkan penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia dalam masa terdekat, yang kemungkinan besar pada Isnin atau Selasa depan.

    Menurut laporan Berita Harian, pengumuman itu adalah berhubung langkah kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang semakin terbeban.

    Anwar berkata dia meminta sedikit masa untuk mengumumkan perkara itu bagi membolehkan pasukannya di bawah Kementerian Kewangan menyediakan 'kejutan' berkenaan secara lebih terperinci.

    "Masalah (yang dihadapi) negara kita adalah kos sara hidup. Nak naik gaji dan elaun penjawat awam RM10 bilion tahun ini, tahun depan tambahan RM18 bilion campur dengan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) RM13 bilion, jadi RM23 bilion.

    "Kenaikan (kos sara hidup) bukan berlaku dalam negara kita sahaja, tetapi seluruh dunia namun saya (sedang) cari jalan dan ikhtiar.

    MENARIK:  Kerbau albino tular 'Donald Trump' terlepas sembelihan Aidiladha

    "Setiap hari di Kementerian Kewangan bergelut cari (pendekatan) yang boleh diumum dalam masa singkat, mesti umum (nak) tangani kos sara hidup. Jadi tunggu, kalau tak Isnin, Selasa ini. Dalam masa dua ke tiga hari lagi. Pengumuman yang nak dibuat mesti besar, sekarang kita nak bagi mantap dulu (apa yang hendak diumumkan), doa bagi elok-elok," katanya.

    Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, di Bukit Mertajam hari ini.

    Sebelum ini, Anwar dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

    Bagaimanapun tiada perincian dinyatakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah