25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengasuh taska didakwa bunuh bayi lapan bulan

    Shopee Sale

    Seorang pengasuh di sebuah taska di Taman Kelemak Utama di hadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di Melaka hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang baru lima hari dihantar ke taska berkenaan.

    Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

    Tiada pengakuan direkodkan kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Wanita itu didakwa menyebabkan kematian Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taska di Jalan Kelemak Utama 3, Taman Kelemak Utama antara 7.30 hingga 8.30 pagi pada 6 Sept lepas.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka Ahmad Sazali Omar tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

    MENARIK:  Krisis tenaga: PM pengerusikan mesyuarat MTEN esok

    Mahkamah menetapkan 13 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bezah siasat, kimia, dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

    Media sebelum ini melaporkan seorang bayi meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Susulan itu, polis menahan seorang wanita di taska berkenaan pada 7 Sept.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah